Wednesday, April 9, 2008

Bersedia untuk di temuduga



Entah mahu mula dari mana tidak pasti. Kepala penuh dengan agenda. Aku baru dapat surat dari SPA. Surat panggilan temudugu.22/05/08 nie kena hadiri temuduga. Jawatan yang agak mencabar. Pembantu Anti Dadah, hahahahahaa.. Lain macam. Apapun kena berusaha untuk yang terbaik. First time baru dapat panggilan temuduga dari SPA. Perasaan membuak-buak di sertai semangat membara untuk ke pusat temuduga. Kehidupan yang serba kekurangan dan aku perlu berubah untuk kehidupan yang lebih baik. Peluang hanya datang sekali. Oleh itu aku harus rebut peluang ini. Biar ribut datang di hadapanku, aku harus lalui. Baru lepas selesai menjenguk website pemadam untuk mendapatkan maklumat berkenaan dadah. Kena ready dari awal so lepas nie x lah kosong sangat dalam kepala nie. Lepas nie kena lebih banyak buat kajian berkenaan dengan penagihan dadah. Kena temuduga kawan2 yang berkecimpung dalam bidang ini. Harap2 dapat kerjasama dari dorang. Ok, malaysia tanpa dadah 2015~

1 comment:

Puan Intan Syamsuri said...

Cayo Bro...dah dapat ker...